Adalah diperhatikan yang sokongan terhadap BN dan bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN sentiasa berubah-ubah macam bandul. Sekejap naik, sekejap turun. Jika pilihanraya kali ini menunjukkan kemerosotan bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN merosot, maka pada pilihanraya seterusnya bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN akan bertambah dan selepas itu turun lagi.
Kenapa jadi macam ni? Ini adalah kerana BN mempunyai majoriti 2/3 yang membolehkannya mengubah sempadan kawasan pilihanraya untuk membolehkannya menyusun atur komposisi peratusan kaum dalam sesuatu institusi DUN atau Parlimen yang BN kalah itu.
Jika terlalu ramai Melayu atau bukan Melayu di sesuatu kawasan itu, maka pastinya BN akan kalah dan kawasan berkenaan akan dimenangi sama ada oleh PAS ataupun DAP. Jadi komposisi yang dikehendakki oleh UMNO dan BN untuk memastikan kemenangannya ialah kawasan berkenaan mempunyai komposisi 50-60% Melayu dan selebihnya bukan Melayu.
Bagaimanapun dalam pilihanraya 2008, BN tidak dapat mengekalkan kemenangan dengan majoriti 2/3 dan ianya telah menyebabkan kekalutan dan ketakutan kepada UMNO dan BN. Almaklumlah tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengubah persempadanan pilihanraya.
Tetapi mereka tidak sedar yang rakyat telah berubah, iaitu rakyat rakyat tidak lagi tertipu dengan taktik perkauman BN yang menggambarkan parti-parti UMNO, MCA dan MIC sebagai parti-parti yang mewakili dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.
Rakyat sudah sedar yang mereka, parti-parti ini (UMNO, MCA dan MIC) tidaklah menjaga kepentingan kaum masing, tetapi sebaliknya menggalakkan isu-isu perkauman demi kepentingan PUTERA-PUTERI BN, KELOMPOK ELIT BN dan GOLONGAN NINGRAT BN.
Golongan rakyat biasa dari mana-mana kaum sama ada Melayu, Cina atau India sudah sedar yang mereka hanyalah diperalatkan oleh golongan ningrat, elit dan atasan parti-parti UMNO, MCA dan MIC itu.
Rakyat sudah sedar. Sebab itulah mereka telah melakukan perubahan yang mendadak, iaitu mana-mana kawasan yang dikatakan selamat untuk BN tidak lagi selamat. Sebaliknya hanya kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Melayu di Pantai Barat yang melebihi 60% sahaja selamat untuk UMNO dan BN!
Berikut ini adalah pandangan orang ramai mengenai prestasi turunnaik BN.
RAMAI berhujah senario pilihan raya umum akan datang tidak lagi berpihak kepada pembangkang. Hujah mereka adalah kerana pada pilihan raya umum ke-8 pembangkang melonjat, kemudian pada pilihan raya umum ke-9 prestasinya menurun.
Pembangkang meningkat kembali pada pilihan raya umum ke-10, kemudian merudum pada pilihan raya umum ke-11. Dan pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 pembangkang meningkat dengan lebih gagah.
Ini bermakna setiap empat atau lima tahun prestasi setiap parti politik dilanda sindrom menaik dan menurun. Apakah faktornya. Ada yang berhujah UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk fenomena tersebut kerana persempadanan pilihan raya berlaku setiap lapan atau 10 tahun sekali.
UMNO dan BN melonjak tinggi pada pilihan raya ke-11 kerana persempadanan pilihan raya digazet pada 2003. Begitu juga pada pilihan raya 1995, pengaruh pembangkang merosot kerana faktor persempadanan pilihan raya 1994.
Dan sekarang sepatutnya rang undang-undang persempadanan baru pilihan raya dibentang di parlimen untuk mendapat kelulusan majoriti dua pertiga.
Namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum kedengaran membuat persiapan ke arah itu. Sedangkan sebelum ini perancangan atau taklimat di antara BN dan SPR menjelang persempadanan baru pilihan raya menjadi ligat.
Ramai melihat keghairahan itu hilang kerana BN tiada kuasa ajaib 2/3 di parlimen. Pindaan perlembagaan perlu kepada sokongan majoriti dan bukan sekadar simple majority seperti yang ada sekarang.
Ketika ini BN ada 137 kerusi parlimen berbanding 78 Pakatan Rakyat, manakala Bebas 7. Usaha awal yang dilakukan BN mengurangkan bilangan anggota parlimen (MP) Pakatan menampakkan hasilnya.
Empat MP KeADILan seperti terperangkap dalam jerangkap Umno/BN. Mereka iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayam Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).
Manakala MP Bebas sedia ada iaitu Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) biar pun pada pilihan raya umum lalu menang di atas tiket PAS, Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau).
Berdasar kepada situasi tersebut bermakna BN + Bebas = 144 kerusi. Ini bermakna BN perlukan empat lagi kerusi lagi bagi melengkapkan agenda persempadanan baru pilihan raya.
BN perlu mencapai sasaran 148 MP barulah kedudukan 2/3 di parlimen mampu diperolehi. Fakta di atas berlaku berdasar kepada perkiraan mudah sekiranya kesemua tujuh MP Bebas menyokong rang undang-undang persempadanan baru pilihan raya.
UMNO dan BN sudah melangkah sebelah kaki untuk mencapai realiti itu. Namun usaha ke arah itu tidak mudah. Ini kerana empat bekas MP Pakatan biar pun sudah diwarna wajah BN, namun ada yang belum minat warna biru tua.
Kemungkinan Umno tidak mampu memperkudakan Zulkifli Nordin. Prinsipnya kelihatan masih tegap, biar pun sudah ada bias.
Dalam situasi sekarang, dengan begitu banyak kelemahan BN terutamanya cadangan pelaksanaan GST, pastinya amat sukar bagi BN hendak mendapatkan empat lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk melompat parti.
Tetapi sebaliknya BN yang seharusnya takut, kerana cadangan kerajaan melaksanakan GST menyebabkan sebahagian wakil rakyat menyedari yang riwayat hidup mereka sebagai ahli politik akan berkubur dan ditamatkan oleh rakyat sekiranya dilaksanakan oleh kerajaan BN. Sebab itulah mereka protes dan tidak menghadhiri sidang parlimen semasa pembentangan kewangan yang mana nyaris-nyaris menyebabkan kerajaan BN tumbang.
Apa yang disebutkan disini baru hanya satu isu. Itu pun sudah menyebabkan kerajan gentar dan terduduk. Bagaimana pula jika isu-isu lain pula digunakan sebagai tokok tambah. Ingatlah dalam keadaan terdesak, terkepit dan tertekan rakyat biasa akan muncul sebagai "King maker" akan mengolah pelbagia isu dengan terperinci bagi menampakkan pelbagai kelemahan kerajaan dan setrusnya untuk menentukan siapa pemerentah negara ini. Ingatlah disaat "kebangkitan rakyat" maka pelbagai perancangan, rencana dan strategi sudah terlewat.
Ingatlah bahawa dikalangan rakyat jelata, dikalangan pegawai-pegawai kerajaan seperti polis, tentera, guru, kakitangan agensi kerajaan dan badan-badan berkanun ada orang yang cerdik dan mungkin tampil kedepan untuk menghidupkan revolusi senyap "kebangkitan rakyat" sekiranya keadaan negara sudah menjadi gawat dan terancam.
Begitu juga dikalangan orang-orang yang bekerja sendiri sebagai pemandu kereta sewa, peniaga kecil, penoreh getah, pengawal keselamatan ada "penganggur terhormat" yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman sebagai pentadbir, penceramah dan berkebolehan membuat perancangan politik yang boleh menjatuhkan kepimpinan sedia ada, jika keadaan benar-benar terdesak dan memerlukan mereka tampil dihadapan.
Oleh iu, kerajaan diminta berhati-hatilah dan membuat penelitian yang seharusnya sebelum mengemukakan sesuatu rancangan yang mana mungkin akan menyebabkan rakyat merasa tertekan, tertindas dan diperhambakan demi kepentingan golongan yang sudah kaya raya.
Berbalik kepada isu persempadanan baru pilihan raya, Sarjana Sains Politik, Wan Nik Wan Yussof berkata, tanpa faktor persempadanan baru pilihan raya, teori ayunan fenomena lama pilihan raya sukar untuk berlaku.
“Biar pun ada faktor Perdana Menteri baru yang muncul dengan gagasan 1Malaysia dan Juara Rakyat, namun perhitungan sebenar ialah persempadanan kawasan pilihan raya,” katanya.
ULASAN SUARA MAJORITI RAKYAT MALAYSIA: Gagasan 1 Malaysia dan BN juara rakyat adalah merupakan strategi BN yang akan menjadi "senjata makan tuan". Ini adalah kerana gagasan itu menyebabkan rakyat mula berfikir dan membuat penganalisaan sama ada BN betul-betul mengamalkan konsep 1 Malaysia atau tidak, BN juara rakyat atau juara merompak harta rakyat, BN juara rakyat atau juara menghabiskan duit negara, BN juara rakyat atau juara menipu rakyat dan lain-lain lagi.
Sebenarnya gagasan-gagasan itu adalah suatu kesilapan yang tidak disengajakan oleh BN dan Kerajaan Malaysia dan dengan adanya gagasan itu yang dikempen secara besar-besaran itu menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakannya dengan sepenuh hati sehingga betul-betul menjadi kenyataan, menjadi realiti. JIka tersilap langkah atau tidak mempraktikkannya, jika hanya setakat slogan atau kempen sahaja, maka pastinya rakyat akan menghukum dalam pilihanraya yang akan datang dengan seberat-berat hukuman.
Dengan gagasan itu rakyat sudah sedar dan mempunyai sesuatu tajuk yang dapat dijadikan pengukur samada kerajan benar-benar ingin melaksanakannya atau tidak. xxx
Kembali...
BN berjaya menawan semula Terengganu pada 2004 kerana faktor persempadanan baru. Begitu juga pengaruh PAS di Kedah merosot dan ramai MP kalah kerana faktor tersebut.
Melalui persempadanan pilihan raya BN boleh melakukan apa sahaja untuk mengeluarkan kawasan parlimen atau DUN yang mempunyai pengaruh kuat pembangkang, yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Sama seperti berlaku di Pekan, Pahang apabila Datuk Seri Najib Razak hampir kecundang pada pilihan raya 1999, diselamatkan melalui persempadanan baru pilihan raya 2003.
Kem tentera dimasukkan ke kawasan parlimen Pekan bagi menyelamatkan Najib sehingga menang besar pada pilihan raya 2004.
Begitu juga dengan Datuk Mahfuz Omar kalah di Pokok Sena setelah kawasan kubu kuat Umno dimasukkan ke dalam parlimen tersebut.
Inilah sebenarnya senjata yang dimiliki Umno dan BN, namun telah hilang pada pilihan raya umum lalu.
Maka bagi mengembalikan kuasa tersebut, BN perlu membayar dengan harga terlalu mahal mendapatkan lagi empat MP Pakatan. Sekiranya masih gagal setahun dua ini, maka persempadanan baru pilihan raya terpaksa dilupakan.
Berasaskan alasan itu, ayunan lama turun naik sesebuah parti mungkin tidak berulang kembali.
2. ISU PERKAUMAN YANG DIAPI-APIKAN OLEH BN.
Faktor kedua yang memberikan kekuatan kekuatan kepada BN pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas ialah parti-parti BN memainkan isu-isu perkauman untuk menakut-nakutkan pengundi yang orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya mengundi PAS atau pun DAP. Orang-orang Melayu akan ditanam semangat membenci DAP dengan kebencian dan ketakutan yang teramat sangat. Sebaliknya orang-orang bukan Melayu pula akan ditanam unsur-unsur kebencian terhadap parti PAS.
Orang-orang Melayu disemai dan diasuh secara berterusan, secara terancang dan sistematik menggunakan media massa seperti radio, televisyen dan akhbar-akhbar yang dikuasai oleh UMNO untuk memastikan orang-orang Melayu rasa terhutang budi dan bergantung kepada UMNO untuk memastikan survival atau kelangsungan orang Melayu, memastikan MINDA DAN JIWA RAGA orang-orang Melayu rasa bergantung kepada UMNO untuk imbuhan kewangan, mendapatkan pekerjaan, memegang jawatan-jawatan dalam kerajaan dan sebagainya.
Orang-orang Melayu dihasut supaya membenci PAS dan ditanam kepercayaan yang orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya orang-orang Melayu mengundi PAS. Dikatakan yang orang-orang Melayu akan kehilangan segala-galanya jika mengundi PAS.
Seterusnya orang-orang Melayu dihasut supaya membenci DAP dan ditanam perasaan ketakutan yang teramat sangat yang orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya orang-orang Melayu mengundi DAP. Dengan kekuatan media massa yang dikuasai oleh UMNO, DAP amat-amatlah dibenci oleh orang-orang Melayu dan ditakuti sehingga tidak akan memberi ruang langsung kepada DAP untuk memberikan penjelasan atau penerangan. Ini adlah kerana UMNo telah berjaya menanam persepsi buruk terhadap DAP.
Dengan itu, DAP dapat dipencil dan dipinggirkan dari orang Melayu, menjadikan DAP sebuah parti yang kecil dan tidak boleh kemana.
Sebenarnya bukan sahaja orang orang-orang UMNO yang termakan dengan hasutan dan fitnah oleh UMNO itu tetapi orang-orang PAS juga takut dan membenci orang-orang DAP.
Kepada orang-orang bukan Melayu pula ditanam bibit-bibit kebencian dan ketakutan yang teramat sangat kepada PAS. Bibit-bibit kebencian dan ketakutan kepada PAS yang disemai itu kemudiannya diasuh dengan sebaik mungkin supaya orang-orang bukan Melayu terus membenci PAS dan kebencian kepada PAS itu bertambah dari semasa kesemasa dan dengan itu kedua-dua parti bermusuhan dan benci membenci antara satu sama lain. Jadi yang untungnya pastilah BN dan dengan sebab itulah mereka terus mendapat undi majoriti 2/3 di parlimen.
Dengan kejayaan menanam rasa kebencian dan ketakutan yang teramat sangat didalam hati sanubari dan perasaan orang-orang bukan Melayu terhadap PAS itu, maka PAS dapat dipencil dan dipinggirkan dari mendapat sokongan dan undi orang-orang bukan Melayu, menjadikan PAS sebuah parti yang kecil dan tidak boleh kemana seperti mana yang terjadi kepada DAP.
Sebenarnya kedua-dua parti ini menjadi mangsa permainan politik "pecah dan perintah" BN untuk memastikan BN terus memerentah Malaysia dengan majoriti selesa iaitu majoriti 2/3.
Tetapi menjelang pilihanraya 2008, rakyat dari pelbagai kaum sudah tersedar yang mereka telah dipermainkan dan diperalatkan oleh golongan ningrat, elit dan atasan parti-parti UMNO, MCA dan MIC. Dengan itu BN tidak dapat lagi mengekalkan kemenangan dengan majoriti 2/3.
Akibat sikap tidak prihatin, tidak peka dan tidak kisah golongan ningrat itu dengan masalah yang dihadapi oleh golongan rakyat biasa yang makan gaji, yang hanya menoreh getah, yang bekerja sendiri, maka rakyat yang tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang seperti minyak, gandum, roti, simen tambang bas dan sebagainya sudah tidak kisah, sudah tidak takut dengan amaran jangan mengundi PAS atau DAP.
Mahu tidak mahu mereka terpaksa mengundi kedua-dua parti ini PAS dan DAP semata-mata hanya sebagai tanda protes rakyat terhadap kenaikan harga barang-barang. Mahu tidak mahu kedua-dua parti ini terpaksa bekerjasama dan cuba saling faham memahami antara satu sama lain.
Rupa-rupanya apa yang mereka perjuangkan adalah perkara yang sama iaitu membentuk KERAJAAN RAKYAT, OLEH RAKYAT, UNTUK RAKYAT. Iaitu perjuangan mereka, perjuangan PAS dan DAP, perjuangan kedua-dua parti ini adalah sama. Kedua-duanya memperjuangkan kebajikan untuk rakyat. PAS memperjuangkan kebajikan dan keselamatan untuk rakyat melalui ISLAM. Manakala DAP pula memperjuangkan kebajikan dan keADILan untuk rakyat melalui MALAYSIAN MALAYSIA.
Dengan itu rakyat umum telah tersedar yang mereka selama ini telah dihasut untuk membenci kedua-dua parti kecil itu, iaitu parti DAP dan PAS. Sedangkan kedua-dua parti ini berjuang untuk kepentingan rakyat tidak sebagaimana perjuangan BN yang hanya berjuang untuk kepentingan golongan atasan parti yang merupakan golongan ningrat, elit dan putera-puteri BN.
Rakyat tidak lagi tertipu dengan taktik perkauman BN yang menggambarkan parti-parti UMNO, MCA dan MIC sebagai parti-parti yang mewakili dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.
Rakyat sudah sedar yang mereka, parti-parti ini (UMNO, MCA dan MIC) tidaklah menjaga kepentingan kaum masing, tetapi sebaliknya menggalakkan isu-isu perkauman demi kepentingan PUTERA-PUTERI BN, KELOMPOK ELIT BN dan GOLONGAN NINGRAT BN.
Golongan rakyat biasa dari mana-mana kaum sama ada Melayu, Cina atau India sudah sedar yang mereka hanyalah diperalatkan oleh golongan ningrat, elit dan atasan parti-parti UMNO, MCA dan MIC itu.
Sejarah pilihanraya yang lepas sehingga PRU yang ke-11 membuktikan isu-isu perkauman yang dimainkan oleh parti-parti BN terutamanya UMNO, MCA dan MIC telah berjaya menarik perhatian kaum masing-masing untuk terus menyokong parti berkenaan dalam kawasan yang komposisi pengundi Melayu kurang dari 60%.
RAKYAT sudah menerima konsep ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS dan sudah memahami konsep MALAYSIAN MALAYSIA yang menyebabkan runtuhnya tembok perkauman. Apa yang terhasil adalah orang-orang bukan Melayu amat mengkagumi, menghormati dan menyayangi YAB Tuan Guru Haji Nik Aziz dan orang-orang Melayu pula amat mengkagumi, menghormati dan menyanjungi YAB Lim Guan Eng.
ERA PERKAUMAN SUDAHPUN BERAKHIR. ERA PERMUSUHAN ANTARA DAP DAN PAS PUN DAH BERAKHIR! walaupun pada peringkat permulaan jalinan persahabatan kedua-dua parti ini ada sedikit perselisihan. Itu biasalah kerana ianya merupakan proses penyesuaian dan proses berkenalan, saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Pengukuhan kedua-dua parti ini pastinya akan mengguggat parti-parti yang berasaskan perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Sekiranya anggota parti-parti BN ini masih lagi ingin bersama BN apa yang boleh mereka lakukan ialah gantikan parti-parti berkenaan untuk memberikan laluan kepada parti-parti yang memperjuangkan kepentingan golongan pekerja, petani dan orang-orang yang bekerja sendiri dan isu-isu perkauman hendaklah dihapuskan.
Sedarlah wahai pemimpin BN, masa sudah berubah, isu-isu perkauman sudah tidak laku lagi. Rakyat Malaysia sudah pun mencapai tahap perpaduan yang sebenarnya sekarang ini. Janganlah pecahbelahkan lagi kami. Rakyat Malaysia bukan sahaja menerima pakai konsep 1 Malaysia dan Malaysian Malaysia bahkan sudah pun diamalkan dalam kehidupan sehari-hari samada di pasar, di sekolah, di Universiti, di tempat kerja dan juga tempat-tempat lain.
Apa yang menyebabkan perpecahan dan timbulnya isu perkauman adalah kerana adanya parti-parti yang bercorak perkauman. Percayalah riwayat hidup anda tidak akan kekal lama selagi menggunakan nama-nama perkauman itu. Nama-nama itu hanyalah propaganda atau alat untuk menipu rakyat bawahan demi untuk kepentingan golongan atasan!
3. ISU KE 3 - PAS DIKATAKAN PARTI ISLAM PUAK PELAMPAU
Isu ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh UMNO untuk memastikan parti PAS ditakuti dan dibenci oleh orang-orang bukan Melayu yang sememangnya tidak tahu dan tidak mengenali Islam. Bermacam-macam gambaran yang menakutkan telah dijadikan propaganda untuk menakut-nakutkan orang-orang bukan Islam kepada PAS dan dengan itu berjaya menanam rasa perseteruan dan kebencian masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
Sebenarnya dengan pelaksanaan undang-undang Islam, orang-orang bukan Islam akan berasa lebih selamat. Ini adalah kerana pesalah-pesalah mengikut syariah Islam itu adalah merupakan golongan yang menjadi ancaman kepada sesiapa sahaja dengan kegiatan ragut, rompak, rogol, mencuri, rasuah dan sebagainya. Bukankah dengan mengenakan hukuman kepada pesalah-pesalah semacam ini akan mengujudkan masyarakat yang lebih selamat, yang lebih aman, lebih saksama!
Bukankah kesemua perkara tersebut itu dibenci, tidak dikehendakki dan ingin dibanteras oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa, tidak kira agama dan tidak kira warna kulit. Kalau adapun yang menentang pelaksanaan program-program untuk membanteras kesalahan-kesalahan tersebut, mereka adalah terdiri dari kalangan atau golongan yang ingin melakukan perkara-perkara yang tidak dikehendakki itu.
Dan dalam pelaksanaan hukum Islam, tentulah hanya pesalah Islam sahaja yang akan dihukum mengikut hukuman Islam. Golongan bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Islam. Sesungguhnya jika orang bukan Islam mengetahui tentang kebaikkan Islam, pastinya merekalah yang akan menggalakkan orang Islam melaksanakan undang-undang dan hukum Islam. Pastinya kehidupan mereka lebih terjamin, lebih selamat dan menguntungkan mereka.
Buktinya orang-orang bukan Melayu di Kelantan sama ada orang Cina, orang India, Orang Siam dan sebagainya amat mengkagumi, menghormati dan menyayangi YAB Tuan Guru Haji Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Kehidupan mereka lebih terjamin, lebih selamat dan aman tanpa ada sedikit pun rasa permusuhan atau percubaan untuk membuat perbandingan status sosial atau harta kekayaan! Jika TGNA dikatakan melampau, pastilah TGNA akan ditentang dan dimusuhi oleh mereka. Jika TGNA dikatakan melampau, maka PAS bolehlah dikatakan melampau.
Jika ada yang mengatakan TGNA melampau, PAS melampau, maka mereka itu adalah terdiri dari kalangan atau golongan yang ingin melakukan perkara-perkara yang tidak dikehendakki itu ataupun golongan yang termasuk dalam kelompok orang-orang atasan parti-parti UMNO, MCA dan MIC!
APA YANG SEBENARNYA MENYEBABKAN ISLAM KELIHATAN HODOH ADALAH KERANA ADANYA ORANG-ORANG ISLAM YANG ....JADI PASTINYA ISLAM KELIHATAN HODOH DAN TIDAK BAIK!
4. KEKUATAN BN YANG KE 4: UNDI PENEROKA FELDA.
Felda-Talian Hayat Umno
Felda sebenarnya menjadi 'anak emas' Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.
PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda. UMNO masih boleh menang selesa di Pahang hanya banyaknya kawas Felda di Pahang. Ianya berkait rapat dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh Felda semasa menjelang pilihanraya dan adanya pelbagai sekatan dan halangan oeh pihak Felda untuk menyekat dan menghalang masyarakat Felda daripada menerima maklumat yang betul dan tepat.
5. KEKUATAN BN YANG KE 5: UNDI POS.
Pengundi pos sejak dari dahulu, kini dan untuk selama-nya adalah merupakan undi yang padu, undi yang terjamin untuk BN. Contohnya pengundi pos seramai 799 dalam PRK Hulu Srlangor adalah merupakan undi yang terjamin untuk BN.
6. KEKUATAN BN YANG KE 6: KELOMPOK PENGUNDI BERUMUR 55 KEATAS.
Kelompok pengundi yang berumur 55 tahu keatas adalah merupakan pengundi tegar BN dimana-mana negeri pun hatta di Kelantan dan di Kedah apatah lagi di Johor. Terlalu sedikit golongan ini yang menyokong parti-parti PAS, DAP ataupun PKR. Ini adalah kerana mereka dah lama terdedah dengan dakyah-dakyah dan propaganda UMNO dan BN. Hati mereka, jiwa mereka dan perasaan mereka dah sebati dengan UMNO dan BN.
Tidak ada sesiapapun yang dapat merubah pemikiran dan corak pengundian kelompok ini. Jika yang dapat merubah mereka hanyalah anak-anak mereka sendiri dan golongan anak-anak muda yang terdedah dengan pelbagai masalah kehidupan seperti kenaikan harga minyak, gula, gandum, tambang bas, tol, bil elektrik, kadar faedah pinjaman dan sebagainya pastinya akan menyalurkan rasa tidak puas hati kepada ibu-bapa mereka dan menyebabkan golongan tua ini semakin menjauhi BN.
Corak pengundian golongan muda menyebabkan UMNO dan BN menjalankan pelbagai program mengutamakan golongan ini. Bagaimanapun sama ada BN secara sedar atau tidak sedar, terdapat satu lagi kelompok dominan yang boleh mempengaruhi pola pengundian orang-orang muda. Mereka ini adalah kelompok usia pertengahan yang berumur diantara 40 hingga 55 tahun.
Ini kerana mereka telah melalui banyak pengalaman, mempunyai banyak pengetahuan yang mereka boleh gunakan untuk mempengaruhi, mencetuskan perasaan orang-orang muda supaya bangkit bertindak menentang pelaksanaan pelbagai rancangan kerajaan yang akan menyebabkan rakyat hidup susah, rakayat terpaksa membayar harga yang tinggi, untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Kesedaran yang ditimbulkan, yang dibangkitkan oleh golongan ini akan menyebabkan tertanam rasa marah, kebencian dan muak kelompok orang-orang muda terhadap BN. Hasilnya pastilah kelompok orang-orang muda itu tidak akan mengundi BN tetapi akan mengundi apa sahaja parti asalkan bukan BN.
Ya, dasar mengenepikan, mengabaikan dan meminggirkan kelompok usia pertengahan yang berumur diantara 40 hingga 55 tahun ini akan menyebabkan golongan ini akan berusaha habis-habisan menjalankan propaganda menceritakan pelbagai kelemahan dan keburukan BN. Ingatlah golongan ini dapat mengupas pelbagai isu dan mengolahnya untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan dikalangan orang muda.
Golongan ini sebenarnya bukanlah hendak sangat menentang BN, tetapi pelbagai rancangan kerajaan hanyalah untuk golongan belia, golongan muda yang berumur dibawah 40 tahun. Sesiapa sahaja yang berumur lebih dari itu akan tersisih, terpinggir dan diabaikan daripada mengikuti pelbagai program kerajaan. Jadi hendak tak hendak secara tak langsung jiwa mereka, perasaan mereka tertanam dengan hasrat untuk mengajar kerajaan kerana meminggirkan dan mengabaikan mereka.
Golongan ini terutamanya yang menjadi penganggur kehormat seabagi pemandu kereta sewa, penoreh getah, pengawal keselamatan dan sebagainya akan menjadi pemangkin kebencian kepada BN. Dan yang paling memberi ancaman ialah sekiranya golongan ini menjadi "bloggers". Siaplah Kerajan BN menunggu saat dan ketikanya menunggu kejatuhan dan tersungkur.
Bukankah dengan sikap meminggirkan golongan yang berusia pertengahan itu, bermakna kerajaan tidak mengamalkan kosep 1 Malaysia yang dibuat kempen secara besar-besaran itu. Jadi searlah sebelum terlambat. Sebelum BN tersungkur dan tidak dapat bangkit-bangkit lagi. Jangan tunggu "kebangkitan rakyat" Jangan tungu "Makkal sakhti". Jangan, Jangan!
7. KEKUATAN BN YANG KE 7: KELOMPOK PENGUNDI ORANG ASLI
Contohnya dalam PRK Hulu Selangor, undian dari pengundi Orang Asli adalah merupakan undi yang terjamin untuk BN. Lazimnya masyarakat orang asli adalah pengundi setia BN dan merupakan undi padu yang tidak berbelah bagi untuk BN.
Tetapi itu cerita lama. Ini adalah kerana masyarakat orang asli pun dah sedar dan tersedar. Dah banyak isu berbangkit!. Contohnya mungkin seperti petikan dibawah ini.
Demo: PAS ucap tahniah kepada Orang Asli
| Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad Foto: Malaysiakini |
| FRIDAY, 19 MARCH 2010 01:44 |
|
Parti Islam Semalaysia mengucap tahniah kepada orang asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya pada 18 Mac 2010 kerana menuntut hak mereka yang dicabul. Penghormatan yang patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai dua ribu orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak. |
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.
Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
Nampaknya orang asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN. Walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.".
Kejayaan orang asli yang mengumpulkan hampir 2 ribu orang ke Putrajaya merupakan satu perkembangan yang baik. Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti orang asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalanraya. Selama ini orang asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan. Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insyaAllah.
Ketua Penerangan PAS Pusat
8. KEKUATAN BN YANG KE 8: TEMPOH KEMPEN YANG SINGKAT
Tempoh kempen yang singkat sudah tentu akan memberi kelebihan kepada BN, kerana keupayaan jentera kempen BN akan menggunakan semua peralatan dan jentera kerajaan Pusat, termasuk penglibatan langsung semua kementerian dan menteri berkaitan.
Bagaimanapun strategi mungkin menjadi senjata makan tuan sekiranya Bn tidak berada dalam keadan bersedia. Ianya hanya akan berjaya jika BN berada dalam kedudukan yang kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat setempat, serta mempunyai calun yang cukup berwibawa dan disenangi rakyat, yang hampir dengan rakyat dan sentiasa bersama dengan rakyat.
Jika tidak, besarlah kemungkinan BN tidak dapat menangkis serangan-serangan yang mana pelbagai isu akan dibangkitkan oleh PR untuk menarik perhatian dan undi rakyat setempat.
Bn janganlah mengharapkan yang barisan PR hanya akan memainkan satu atau dua isu. PR sudah sedar, sudah matang dan menyedari PR tidak akan berpeluang untuk menang jika ikut kaedah lama, hanya fokus kepada sesuatu isu. Tetapi dengan membangkitkan pelbagai isu ianya dapat menujukkan kelemahan BN dan apabila BN telah melakukan pelbagai kesilapan seperti mengemukakan cadangan pelaksanaan GST, masalah banyaknya anak luar nikah, masalah pengangguran rakyat setempat, dan seribu satu isu lagi, maka BN pastinya berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya untuk menangkis dan menafikan pelbagia isu itu.
Tempoh kempen yang singkat juga dikatakan membantu PR kerana sememangnya mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk kempen yang panjang. Sesungguhnya Pakatan Rakyat amat bersyukur dan berterima kasih kepada keraajaan BN yang memperuntukkan masa yang singkat untuk kempen pilihanraya. Ianya amat sesuai dengan keadaan kemelut ekonomi sekarang dan ia sudah tentu dapat menjimatkan perbelanjaan parti-parti berkempen..